“Semalam Perdana Menteri kata nak ubah kerajaan kena keputusan Ahli Parlimen, bukan keputusan PRN. Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kalau enam negeri ini hang kalah, Ahli-ahli Parlimen pun tak sedap (selesa) nak duduk dengan hang.
“Pasal hang telah hilang sokongan daripada segi moral. Rakyat telah beri referendum, petunjuk dan isyarat untuk hang ‘blah’ (berundur). Maka Ahli-Ahli Parlimen yang geli kaki nak pegang jawatan (dalam tempoh) lama, mereka kena lari,” katanya ketika berucap pada Program Mai Sat Menteri Besar Kedah di sini, semalam.
Dakwa Muhammad Sanusi, tindakan Ahli Parlimen untuk meninggalkan kerajaan itu tidak akan dibuat secara bersendirian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mereka hilang jawatan.
“Dia bukan lari seorang-seorang tetapi lari segerombolan, barulah tak jatuh (hilang jawatan). Jika keseluruhan parti keluar daripada bekerjasama dengan PH, maka mereka tak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
“BN keluar, parti Sabah dan Sarawak pun keluar. Hang nak tinggal berapa orang? ‘Babai’ (selamat tinggal) sungguhlah bulan lapan (Ogos),” katanya.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, sepanjang penglibatan beliau dalam arena politik sejak 1995, PRN kali ini disifatkan paling mencabar yang pernah dilalui.
“Saya perhatikan mereka guna habis semua. Kalau boleh guna ‘steam roll’, habis dilenyeknya kita. Agensi dan jabatan digunakan sepenuhnya untuk menangkan kerajaan. Yang mai berlawan dengan kita pun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Mereka bukan bertanding pun,” katanya – UTUSAN
-Anak Sungai Derhaka
No comments:
Post a Comment