Serdang: Polis jalankan siasatan berhubung gambar tular Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada kelmarin.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah buka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kejadian itu.
"Kita sudah mendapatkan rakaman ucapan di dalam masjid berkenaan dan akan menelitinya untuk siasatan lanjut.
"Kita akan beri maklum balas serta perkembangan mengenai kes terbabit dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan berhubung gambar berkenaan yang tular di media sosial.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya ada menerima aduan berhubung perkara terbabit.
JAIS turut menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.
Sementara itu, Fahmi menafikan beliau menggunakan masjid untuk berkempen sebaliknya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu kerana berdekatan dengan lokasi program seterusnya.
Beliau kemudiannya dijemput oleh kariah masjid untuk ulas sedikit isu kumpulan muzik The 1975.
-myMetro
No comments:
Post a Comment