JAKARTA: Kegiatan menjual beli video lucah melibatkan kanak-kanak lelaki dengan lelaki dewasa dalam media sosial kembali aktif di negara ini.
Kompas.com melaporkan, kegiatan itu masih dilakukan menggunakan sejumlah akaun media sosial dan bahan video itu digelar sebagai VGK atau ‘video gay kid’.
Antara platform media sosial yang digunakan untuk tujuan tersebut termasuk Instagram dan Twitter.
Akaun yang terlibat akan cuba memancing pembeli dengan meletakkan imej kanak-kanak lelaki berserta keterangan aktiviti.
Kemudian, mana-mana pengguna media sosial yang berminat dengan kandungan itu akan meminta pemilik akaun menghantar video berkenaan kepada merka secara peribadi.
Bagi mengetahui lebih lanjut kegiatan tersebut, beberapa wartawan Kompas.com menyamar sebagai pembeli dan cuba menghubungi pemilik akaun VGK.
Berdasarkan perbualan bersama ‘admin’ atau pemilik akaun, mereka menawarkan video lucah kanak-kanak lelaki pada harga 20,000 hingga 40,000 rupiah (RM6-RM12) bagi setiap tiga video.
Jika bersetuju dengan harga yang ditawarkan, pemilik akaun itu akan berkongsi video berkenaan menerusi Telegram.
Pemilik akaun berkenaan turut memberitahu, kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam video lucah itu berusia antara lima hingga 12 tahun.
Video berkenaan diperoleh daripada beberapa negara termasuk Indonesia, Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kegiatan itu masih berlaku dan mengarahkan semua pihak terlibat supaya segera melakukan siasatan.
“Pasukan cyber troops Polis Metro jaya sudah diarahkan untuk melakukan siasatan berhubung kes berkenaan,” kata Ade Safri.-UTUSAN
No comments:
Post a Comment