Berita baik buat semua apabila RM100 kredit program eMadani boleh ditebus bermula hari ini iaitu 4 Disember 2023. Ia boleh ditebus melalui empat aplikasi yang mengambil bahagian seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet dengan hanya satu kali penebusan sahaja. Ini bermakna anda hanya boleh memilih salah aplikasi sahaja untuk proses penebusan dan bukan kesemua aplikasi. Mesra diingatkan juga, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.
Selain daripada RM100 terdapat juga pelbagai insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran turut diberikan sepanjang tempoh program ini. Namun perlu diberi perhatian juga penggunaannya hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sehingga 29 Feb 2024. Selepas tarikh akhir tersebut baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik.
Berikut adalah antara ganjaran yang ditawarkan mengikut aplikasi yang mengambil bahagian :
1. MAE
- Peluang menangi hadiah bernilai RM5000,000 secara keseluruhan.
- Antaranya seperti kereta sedan baharu Proton S70, Proton Exora, Proton Saga, Honda 2023 RSX V2, Komputer riba Gaming MSI, Samsung Galaxy Z Fold , Televisyen Sony X80L Series dan PS5.
- Setiap penebusan layak menerima 10X penyertaan, kemudian imbas dan bayar menggunakan kredit RM100 MAE pula akan menerima 2X penyertaan. Lebih banyak penyertaan, lagi mudah menang.
- Selain itu terdapat juga kempen Tap, Track, Win yang menawarkan pulangan tunai RM36 dengan cara melengkapkan tracker di dalam aplikasi MAE.
2. Setel
- 5% pulangan tunai untuk setiap bahan api dengan perbelanjaan berjumlah RM10 (ganjaran diberi sebanyak 50 kali).
- 5% pulangan tunai untuk pembelian di kedai mesra dengan jumlah dibeli RM10 (ganjaran diberi sebanyak 10 kali).
- Pulangan tunai RM10 untuk pembelian di Petronas Shop dengan jumlah RM200 (diberi ganjaran sebanyak 5 kali).
- 10% pulangan tunai untuk peniaga rakan kongsi terpilih termasuk Mydin, Dunkin Donut, Bask Bear dan lain-lain (untuk perbelanjaan minimum RM5).
- 10% pulangan tunai untuk insurans kenderaan dengan Setel untuk sebarang jumlah yang dibeli (untuk maksimum RM 300 pulangan tunai).
Penebusan kredit menerusi aplikasi Setel juga boleh digunakan untuk kepelbagaian perkara seperti isi minyak di Petronas, pembayaran guna Setel QR dan DuitNow QR, beli-belah di kedai mesra dan makan minum di lebih 40 cawangan cafe mesra.
3. ShopeePay
- RM5 diskaun untuk penghantaran ke Sabah atau Sarawak (2 baucar diberi).
- 11% pulangan tunai syiling Shopee dengan jumlah dibeli RM40 (2 baucar diberi).
- 70% diskaun untuk pembelian menerusi ShopeeLive dengan jumlah dibeli RM5 (10 baucar diberi).
- RM3 diskaun untuk penghantaran ShopeeFood dengan jumlah dibeli RM15 (Ganjaran diberi sebanyak 15 kali).
- 25% diskaun untuk ShopeeFood dengan jumlah dibeli RM15 (Ganjaran diberi sebanyak 10 kali).
- RM5, RM7 atau RM8 diskaun untuk SPayLater Online dengan jumlah dibeli di antara RM50, RM70 dan RM80 (4 baucar diberi).
- RM2, RM4, RM8 atau RM11 diskaun untuk SPayLater Offline dengan pembelian di antara RM50, RM60, RM110 dan RM130 (4 baucar diberi).
- RM30 pulangan tunai untuk insurans kenderaan dengan Shopee untuk sebarang jumlah yang dibeli.
- Terdapat juga kempen Spin & Win Samsung Galaxy Z Flip5 yang menawarkan telefon pintar tersebut sebagai hadiah utama namun tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
4. Touch ‘n Go eWallet
- Ganjaran eksklusif berupa 1,000 mata ganjaran melalui GOrewards.
- Baucar, diskaun dan pulangan tunai bernilai RM500 untuk pembayaran bil, pembelian barang runcit, makanan dan beli-belah menerusi rakan kongsi berikut :-
NOTA PENTING!
Syarat permohonan krediT RM100 eMADANI:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun & ke atas pada tahun 2023.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod setakat 7 November 2023;
- Atau berpendapatan bawah RM100,000/tahun.
No comments:
Post a Comment