Seperti sedia maklum pendaftaran untuk kredit RM100 program eMADANI boleh dibuat bermula hari ini hingga 20 Februari 2024.
Sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go Wallet dengan tuntutan menerusi aplikasi khusus ditetapkan.
Disebabkan situasi ini tidak dinafikan wujud segelintir individu yang akan mengambil kesempatan dengan melakukan melakukan jenayah penipuan termasuk secara dalam talian.
Justeru orang ramai disaran mengguna medium yang ditetapkan dalam membuat penebusan bagi mengelakkan sebarang kehilangan kredit.
Sehubungan itu Maybank menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap sebarang kiriman mesej dengan pautan mencurigakan berkaitan program ini sama ada di WhatsApp atau pesanan khidmat teks.
Dalam masa sama mereka juga amatlah diminta untuk tidak menekan pautan tersebut bagi mengelakkan risiko kejadian tidak diingini berlaku tanpa sedar.
Proses penebusan sepenuhnya menerusi aplikasi khusus yang bermakna tiada perkhidmatan pihak ketiga diperlukan untuknya. Pihak kerajaan sebelum ini turut menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana kes yang melibatkan pemindahan perseorangan (P2P) atau penebusan tunai.
- INFO
- Baca – Jom Tebus! Kredit eMADANI RM100
- -amanz.my
No comments:
Post a Comment